Allah SWT telah menurunkan kitab suci Al-Qur'an kepada umat manusia sebagai satu kitab panduan. Dia menyeru manusia agar berpegang kepada kitab ini sebagai jalan untuk mendapatkan kebenaran. Bermula saat ianya diwahyukan sehingga ke saat pengadilan kelak, kitab suci ini akan kekal sebagai satu-satunya panduan bagi umat manusia.
Sebagai seorang Islam kita dianugerahkan sebuah kitab agung yang lengkap dan tiada cacat cela. Al-Quran yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada nabi Muhammad SAW, dengan perantaraan Jibril merupakan perlembagaan kepada hidup seorang muslim. Marilah kita bertanya kepada diri masing2, sudahkah habiskah dibaca segala isi yang terkandung di dalam kitab agung itu? Membaca di sini bukan hanya bertadarrus, yang mungkin telah ramai yang telah khatam bertadarrus. Tetapi berapa ramai yang memahami maksud baris2 ayat yang kita baca? Itu baru maksud, belum tafsirannya lagi.
Mungkinkah kita terlalu asyik dengan buku-buku lain, sehingga terlupa menghabiskan kitab terawal yang kita kenal dalam hidup ini. Novel beratus2 halaman boleh habis dibaca dalam jangkamasa yang cukup pendek, bagaimana pula dengan Al-Quran? Cukupkah sekadar kita mengakui beriman dengan Al-Quran dan Kitab2 Allah SWT yang lain, sedangkan kita sendiri pun tidak pasti apa yang terdapat di dalamnya? Marilah kita renung2kan.
Apa yang harus menjadi perhatian dan pengajaran kepada kita semua ialah andainya AL-Quran yang mengandungi Wahyu Ilahi itu tidak diambil lagi sebagai pegangan hidup, maka Allah s.w.t. akan menghapuskan dan mengambilnya kembali dari tulisan dan ingatan kita. Sebagaimana ditegaskan oleh Allah s.w.t. di dalam Al-Quran:
Yang bermaksud: Dan sesungguhnya jika kami menghendaki, nescaya kami lenyapkan apa yang telah kami wahyukan kepadamu, dan dengan penyelapan itu kamu tidak akan mendapat seorang pembelapun terhadap kami. (Surah al-Isra': 86)
sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya: Bacalah AL-Quran wahai umatku kerana Al-Quran akan datang pada hari Qiamat memberi syafaat kepada pembacanya daripada kemurkaan dan azab Allah s.w.t.
Maksudnya: Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan (apa-apa) kepada orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian semata-mata. (Surah al-Isra': 82)
Wallahualam.
5 comments:
yerp!agree..munzir dah penah ikut ISK program x?
X..
ISK tu ape?
isk stands for inilah sejarah kita. die cm flash back sirah from zaman jahiliyyah smpai la skrg..best
ho... program cane? ble ko gi?
aku pegi mase 2007.kat blog aku ade pdf pasal ISK tu. x de sebijik same mcm yg aku attend tu,but at least die bleh bagi gambaran la cemane.
Post a Comment