Thursday, February 26, 2009

nyum 3X

Kek coklat~ weeee. 2nd attempt. 1st attempt x masukkn gamba... yang nih dimasak oleh oven kat rumah... yang dulu pon sama... aku x masak ye... oven yang masak~ huahuahua...

Lately, ak suke makan...
hehe...

minggu nih mula blaja renal...
dah abih 2 system lain dalam sem nih...
cardio, ngan respiratory...
banyak dah belaja...
makin banyak yg lupa...
huhu...

mencari kerajinan masa lampau...
memburu ketenangan lalu...
yang hilang ntah ke mana...
i wanna keep it simple...
tackle one thing at a time...
hope I'll be fine...
:D

Sunday, February 22, 2009

menghargai dan dihargai

manusia suka dihargai
tetapi kadang2 terlupa menghargai
perkara-berkara berharga
yang dilakukan oleh orang yang suka memberikan penghargaan
mungkin terlalu mengharap
baik berhenti
mari berhenti
meletakkan "expectation" yang tinggi
mungkin hidup ini
memang begini
tidak mengerti
keluh kesah
senda gurau
tp orang x kesah
ak yang nak belaja
knapa peru letak pada orang lain
tanggungjawab ini dibahuku
kenapa senang2 nk tinggal untuk orang lain
"selfish"kah ak?

Sunday, February 8, 2009

suka sukar??

tangan ini...



SUKA memegang botol air syaitan...
mengangkat mencuri merompak...
melekap di tempat2 tidak sepatutnya...

SUKAR memegang Al-Quran...
mengangkat takbir...
melekap ke lantai, bersujud...

kaki ini...



SUKA berjalan berseronok...
menginjak minyak dan brek ke tempat hiburan...
menendang menginaya menindas yang lemah...

SUKAR berjalan ke masjid...
menginjak minyak dan brek ke majlis ilmu...
menendang mengalahkan si zalim derhaka...

maka... suka yang SUKA, atau suka yang SUKAR?
Yasin, 36:65 "Pada hari ini kami tutup mulut mereka; tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa tang dahulu mereka kerjakan"

Tuesday, February 3, 2009

Pearls from Al-Hujurat

This post is a long one if you read all of it.
It's OK if you leave out the GREEN ones.
It's very short and concise it you just read the RED one.
It's even shorter if you don't read it at all.
But do read ^_^. good stuffs~

Al-Hujurat: A surah in Al-Quran containing numerous verses about akhlak, good manner and morality.

Come on, spend some time, InsyaAllah it'll be worth it. Reading this would probably cost you several posts on other people's wall, or comments on the unending pictures. Plus, it'll be even faster if you just read the red ones...

Don't forget to take note and muhasabah. Where do we stand? May we become better muslims. Ameen.


6. O you who have believed, if there comes to you a disobedient one with information, investigate, lest you harm a people out of ignorance and become, over what you have done, regretful.
I don't know about you guys. But I can surely recall several occasions where I spread a news which turned out to be false. Some small ones, some big. And it may have caused trouble for the ones involved... Should keep reminding myself to investigate before spreading.


9. And if two factions among the believers should fight, then make settlement between the two. But if one of them oppresses the other, then fight against the one that oppresses until it returns to the ordinance of Allah. And if it returns, then make settlement between them in justice and act justly. Indeed, Allah loves those who act justly.
10.The believers are but brothers, so make settlement between your brothers. And fear Allah that you may receive mercy.
When seeing other people in dispute, I tend to try and run away, not get involved in other people's problem. "Jaga tepi kain sendiri" as the saying goes. But in the Quran it is clearly stated, that I should get involved in others' affair, but bear in mind it must be for the sole purpose of making settlement, not exacerbating it.
THE BELIEVERS ARE BUT BROTHERS... DON"T EVER EVER EVER FORGET THAT. Please stop situations shadowed by my previous post. It's really2 is saddening if it happens among muslims T_T


11. O you who have believed, let not a people ridicule [another] people; perhaps they may be better than them; nor let women ridicule [other] women; perhaps they may be better than them. And do not insult one another and do not call each other by [offensive] nicknames. Wretched is the name of disobedience after [one's] faith. And whoever does not repent - then it is those who are the wrongdoers.
This one is a major one. I'm so amazed how saying "not-so-nice-things" about someone can be done so effordlessly. Well, maybe I regard it as pulling a friend's leg. But I ought to be careful coz everyone have feelings. And feelings I can't see...


12. O you who have believed, avoid much [negative] assumption. Indeed, some assumption is sin. And do not spy or backbite each other. Would one of you like to eat the flesh of his brother when dead? You would detest it. And fear Allah; indeed, Allah is Accepting of repentance and Merciful.
I like making assumptions. Most people do. Well at least I think so. Coz it's just so easy to pass judgment based on what we see. And we all know how hard it is to not pass judgement based on stereotypes and generalisation.


13. O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted.
Let's know one another :D

15. The believers are only the ones who have believed in Allah and His Messenger and then doubt not but strive with their properties and their lives in the cause of Allah. It is those who are the truthful.

In the end. What matters is our believe (iman) in Allah and His Messenger, Muhammad SAW.


Let's read the Quran, and learn the meanings!

Malay translation:

6. Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

9. Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

10.Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.

11.Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

12. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.


15. Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).


Monday, February 2, 2009

kasihan negara X

pengalaman sebenar seorang penduduk negara X yang belum pun direkrut kemana2 kumpulan tentera...

"diceritakan terdapat sebuah negara X. yang sedang berperang dengan negara Y. negara X, yang merupakan negara yang cukup damai dan cintakan keamanan, tiada bala tentera.

atas kesedaran rakyatnya, dengan cetusan minda pemikir2, mula terdapat golongan2 yang mengumpulkan segolongan orang penduduk negara X untuk mempertahankan negara, dan menyedarkan peri pentingnya semangat patriotisme dan jati diri untuk negara. maka kumpulan2 tersebut dikumpul dan dibentuk sebagai organisasi, supaya tentera yang dibentuk teratur. hal ini demikian kerana, adalah sangat nipis kebarangkalian untuk menang berperang sekiranya rakyat negara X ini bertindak sendirian. bayangkan setiap orang pergi mencari senjata sendiri, merangka strategi sendiri, berlatih sendiri, dan pergi berperang pada masa yang ditetapkan sendiri... maka amat nipislah peluang untuk sukses. mungkin hampir kepada 0.

lalu dibawah organisasi2 ini (saya beri nama X1, X2, X3.... Xn) mereka berlatih di bawah satu bumbung, dengan latihan yang mantap dan berkesan. Mereka dapat merancang dan bergerak bersama, tetapi dengan kumpulan masing2.

adapun masa berlalu... kumpulan2 semakin kuat. diceritakan sekiranya mereka ini bersama menyerang negara Y, maka akan kalahlah Y tanpa sebarang ragu lagi. namun... antara kumpulan2 ini, mula muncul perbandingan dan pertelingkahan. mereka persoalkan kumpulan mana lebih hebat senjatanya, strategi perangnya,makanan kudanya. bukan itu sahaja, malah perkara2 remeh seperti nama general, sedikit kesalahan pada peta untuk strategi perang, tompok2 yang terdapat pada kuda, graf tahap kecergasan anggota, dan lain2.

dan perkara ini mula menjadi perhatian tentera2, sehingga mereka lupa dengan tujuan asal yang lebih besar dan agung. sehingga perang saudara meletus di kampung2 kecil yang penduduknya telah menyertai kumpulan tentera berbeza. maka luputlah tujuan asal dari fikiran mereka.... dan perang kumpulan tentera mana yang lebih hebat pun meletus."

terpesong? haha. mungkin ini kes ekstrim. tp realitinya perkara ini terjadi, skala mana, fikir2 sendiri...
LUPA TUJUAN ASAL...
METHOD JADI DEBATAN...
KAWAN DITINGGALKAN...
JIRAN JADI MUSUH...
BERBALOIKAH??? SAMPAI TUJUANKAH???

last2, negara Y tergelak... tgk X gaduh2 pasal tompok yang ade kat kude... kah3...

Wallahu'alam

tgk2 la ayat2 ini... petikan dari Al-Quran. oh lupe... tentera2 negara X tu, mereka pakai buku panduan yang same :D. fikir2kanlah~

Surah:2.Al-Baqarah.
83. Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil: Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

Surah:61.As-Saff.
10. Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


n.b. : berjuang membela dan menegakkan agama Allah... bukan jalan juang masing2...

bukan menghukum. cuma agak kesal dengan perkara yang berlaku. sini sana, kalaupun x byk. Wama khalaktul jinna walinsa illa liyakbudun.

Sifat2 Muslim

Related Posts with Thumbnails