pengalaman sebenar seorang penduduk negara X yang belum pun direkrut kemana2 kumpulan tentera...
"diceritakan terdapat sebuah negara X. yang sedang berperang dengan negara Y. negara X, yang merupakan negara yang cukup damai dan cintakan keamanan, tiada bala tentera.
atas kesedaran rakyatnya, dengan cetusan minda pemikir2, mula terdapat golongan2 yang mengumpulkan segolongan orang penduduk negara X untuk mempertahankan negara, dan menyedarkan peri pentingnya semangat patriotisme dan jati diri untuk negara. maka kumpulan2 tersebut dikumpul dan dibentuk sebagai organisasi, supaya tentera yang dibentuk teratur. hal ini demikian kerana, adalah sangat nipis kebarangkalian untuk menang berperang sekiranya rakyat negara X ini bertindak sendirian. bayangkan setiap orang pergi mencari senjata sendiri, merangka strategi sendiri, berlatih sendiri, dan pergi berperang pada masa yang ditetapkan sendiri... maka amat nipislah peluang untuk sukses. mungkin hampir kepada 0.
lalu dibawah organisasi2 ini (saya beri nama X1, X2, X3.... Xn) mereka berlatih di bawah satu bumbung, dengan latihan yang mantap dan berkesan. Mereka dapat merancang dan bergerak bersama, tetapi dengan kumpulan masing2.
adapun masa berlalu... kumpulan2 semakin kuat. diceritakan sekiranya mereka ini bersama menyerang negara Y, maka akan kalahlah Y tanpa sebarang ragu lagi. namun... antara kumpulan2 ini, mula muncul perbandingan dan pertelingkahan. mereka persoalkan kumpulan mana lebih hebat senjatanya, strategi perangnya,makanan kudanya. bukan itu sahaja, malah perkara2 remeh seperti nama general, sedikit kesalahan pada peta untuk strategi perang, tompok2 yang terdapat pada kuda, graf tahap kecergasan anggota, dan lain2.
dan perkara ini mula menjadi perhatian tentera2, sehingga mereka lupa dengan tujuan asal yang lebih besar dan agung. sehingga perang saudara meletus di kampung2 kecil yang penduduknya telah menyertai kumpulan tentera berbeza. maka luputlah tujuan asal dari fikiran mereka.... dan perang kumpulan tentera mana yang lebih hebat pun meletus."
terpesong? haha. mungkin ini kes ekstrim. tp realitinya perkara ini terjadi, skala mana, fikir2 sendiri... "diceritakan terdapat sebuah negara X. yang sedang berperang dengan negara Y. negara X, yang merupakan negara yang cukup damai dan cintakan keamanan, tiada bala tentera.
atas kesedaran rakyatnya, dengan cetusan minda pemikir2, mula terdapat golongan2 yang mengumpulkan segolongan orang penduduk negara X untuk mempertahankan negara, dan menyedarkan peri pentingnya semangat patriotisme dan jati diri untuk negara. maka kumpulan2 tersebut dikumpul dan dibentuk sebagai organisasi, supaya tentera yang dibentuk teratur. hal ini demikian kerana, adalah sangat nipis kebarangkalian untuk menang berperang sekiranya rakyat negara X ini bertindak sendirian. bayangkan setiap orang pergi mencari senjata sendiri, merangka strategi sendiri, berlatih sendiri, dan pergi berperang pada masa yang ditetapkan sendiri... maka amat nipislah peluang untuk sukses. mungkin hampir kepada 0.
lalu dibawah organisasi2 ini (saya beri nama X1, X2, X3.... Xn) mereka berlatih di bawah satu bumbung, dengan latihan yang mantap dan berkesan. Mereka dapat merancang dan bergerak bersama, tetapi dengan kumpulan masing2.
adapun masa berlalu... kumpulan2 semakin kuat. diceritakan sekiranya mereka ini bersama menyerang negara Y, maka akan kalahlah Y tanpa sebarang ragu lagi. namun... antara kumpulan2 ini, mula muncul perbandingan dan pertelingkahan. mereka persoalkan kumpulan mana lebih hebat senjatanya, strategi perangnya,makanan kudanya. bukan itu sahaja, malah perkara2 remeh seperti nama general, sedikit kesalahan pada peta untuk strategi perang, tompok2 yang terdapat pada kuda, graf tahap kecergasan anggota, dan lain2.
dan perkara ini mula menjadi perhatian tentera2, sehingga mereka lupa dengan tujuan asal yang lebih besar dan agung. sehingga perang saudara meletus di kampung2 kecil yang penduduknya telah menyertai kumpulan tentera berbeza. maka luputlah tujuan asal dari fikiran mereka.... dan perang kumpulan tentera mana yang lebih hebat pun meletus."
LUPA TUJUAN ASAL...
METHOD JADI DEBATAN...
KAWAN DITINGGALKAN...
JIRAN JADI MUSUH...
BERBALOIKAH??? SAMPAI TUJUANKAH???
last2, negara Y tergelak... tgk X gaduh2 pasal tompok yang ade kat kude... kah3...
Wallahu'alam
tgk2 la ayat2 ini... petikan dari Al-Quran. oh lupe... tentera2 negara X tu, mereka pakai buku panduan yang same :D. fikir2kanlah~
Surah:2.Al-Baqarah.
83. Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil: Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.
Surah:61.As-Saff.
10. Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
n.b. : berjuang membela dan menegakkan agama Allah... bukan jalan juang masing2...
bukan menghukum. cuma agak kesal dengan perkara yang berlaku. sini sana, kalaupun x byk. Wama khalaktul jinna walinsa illa liyakbudun.
No comments:
Post a Comment