~jalan menuju pembaikan diri terpampang di depan mata, tetapi jalan kehancuran juga yang dipilih...
~sumber ketenangan jelas, tetapi kecelaruan yang kupilih...
~jalan yang benar ada, namun jalan yang senang menjadi pilihan...
~berapa banyak wang yang habis untuk "entertainment", tetapi yang dikeluarkan untuk tabung derma juga yang asyik difikirkan, disesalkan...
~berjuta kebaikan dilakukan insan sekeliling, tapi setengah kejahatan yang paling jelas di mata...
~aku mengakui dan aku bahawa hidup ini hanya sekejap cuma, tapi masih tidak mahu berusaha untuk yang panjang dan selama-lamanya
kabur, kabur, kabur... seperti si rabun yang tidak mahu memakai kanta sentuh (atau cermin mata), seperti si lapar yang tidak mahu makan, atau si mengantuk yang tidak mahu tidur, juga si jahil yang tidak mahu menuntut ilmu, dan aku yang masih tidak mahu berubah kepada yang lebih baik.
jauh lagi kehidupanku kini, dengan kehidupan soerang pengembara~
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu.
lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan
apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.
Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.
Pengajaran hadis:
(1) Kehidupan di dunia adalah kehidupan sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Kerana itu, manusia diminta agar mengambil berat soal akhirat dan mengambil dunia seumpama seorang musafir lalu atau seorang dagang, yang hanya membawa barang keperluan di perjalanan, bukan membawa semua barang-barang.
(2) Seorang mukmin tidak harus memanjangkan angan-angannya, kerana dia terdedah kepada panggilan maut pada bila-bila masa. Dia semesti sentiasa berwaspada menghadapi maut. Apabila pagi tiba, seolah-olah dia tidak akan hidup hingga ke petang dan apabila tiba waktu petang, dia merasa seolah-olah dia tidak sempat menghirup udara pagi esoknya.
(3) Larangan memanjangkan angan-angan dan gesaan agar hidup secara sederhana tidak bermakna lslam menghalang kemajuan dan kekayaan. lslam membenarkan penganutnya menjadi hartawan dan negara lslam menjadi sebuah negara maju tetapi dengan syarat menjadi seorang mukmin dan negara lslam yang bertaqwa. Kemajuan dan kekayaan adalah untuk Allah.
No comments:
Post a Comment