Tuesday, August 25, 2009

madah penyair Islam Muhammad Iqbal

Zaman satu bangsa yang hina

Akan ada ilmuan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana!

Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideologi

tetapi semuanya sependapat dengan satu target:

Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut

dan mereka padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam

Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan

Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.

Ianya telah berlaku.
Mereka mengasuh anak anak singa Islam supaya menjadi kijang yang pengecut. Mereka padamkan kisah singa-singa Islam samada para ulama’, ahli zuhud dan para pejuang Islam dari sejarah abad pertama Islam.

Plan pendidikan mereka ini telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut, tidak lagi mampu menerkam. Kijang-kijang ini tidak mahu lagi memikul apa-apa tanggungjawab dan sentiasa cuba melarikan diri seboleh-bolehnya….!
Inilah generasi baru dari putera-puteri Islam…!
Anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.
Sebenarnya mereka itu merdeka, lalu diperhambakan, dan mereka bergembira menjadi hamba.


dipetik dari buku al-Muntalaq

1 comment:

haidir yusof said...

salam munzir...

jom kite jadi2 singa2 islam!!! menyambar, menerkam, mencarik, merabik, meratah daging2 jahiliyyah yg telah mencengkam generasi islam kini...

sama2 kite berusaha demi islam...
sama2 kite berusaha menyampaikan risalah dakwah ini...
sama2 kite usaha berkongsi hidayah Allah dgn manusia2 lain...

kerana kite sayang dan cintakan dakwah ini...

salam rindu,
haidir cork

Related Posts with Thumbnails