Thursday, February 11, 2010

gula, kopi, teh, dan hot choc Morrisson's

gula apabila merasa dirinya lebih gula daripada gula-gula lain,
dan merasa bahawa dirinya melampaui batasan gula,
dan tahu segala macam perangai gula seperti telapak tangan gulanya,
maka kadangkala si gula lupa bahawa dirinya bukanlah sebuk kopi,
atau uncang teh atau coffeemate atau serbuk coklat morrisons,
maka dengan memandang enteng gula laen si gula yang menganggap dirinya bukan gula,
dengan senang lenang menyakiti dan memperbuat gula-gula lain sewenangnya,
maka gula-gula lain akan berasa tidak senang dengan gula tersebut,
dan memanggil air panas untuk melarutkan gula yang ingat dirinya bukan gula,
namun apabila terkena air panas...
LARUT JUGA
maka tatkala itu si gula akan sedar,
bahawa dirinya juga gula,
walau dalam diri merasa bahawa gula-gula lain boleh diinjak sesuka hati,
namun hakikatnya, gula tetap gula,
sedarlah dirimu wahai gula-gula sekalian,
kerana kalian takkan selamanya di dunia,
mungkin esok atau lusa,
kalian akan disudu keluar dan dimasukkan ke dalam cangkir kopi,
atau teh atau hot choc morrisson's.

2 comments:

M said...

testing 1 2 3...
ok2, dah OK...

ejai said...

anta kat berita harian leh kuar ni

Related Posts with Thumbnails