Monday, December 20, 2010

Tabiat tak apa...

***************************

"mat... aku tengok ko selalu subuh gajah. Jomlah cuba bangun subuh on time"
"hmm, ko sibuk apa? biarlah aku punya amalan. ko jaga ko punya sudah"

***************************

"aku tengok makin ramai orang yang x jaga pergaulan semua. risaulah"
"ala... xpe, yang penting kita tak buat"

***************************


Anda pernah lalui situasi ini? Atau yang sewaktu dengannya?
berhati2lah... jangan terlalu mudah melepaskan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim keatas saudara2 muslim yang lain.
kerana sebagai manusia kita sering lupa, dan kita sering mengabaikan tanggungjawab kita, terutama ketika bersendirian. atau dibiarkan sendiri di tengah2 ramai. kerana tiada siapa peduli. kerana jaga tepi kain sendiri. kerana "kubur lain2", kata kita.

semudah itukah kita melepaskan tanggungjawab kita?

firman Allah dalam Al-Quran: Surah: 3.Al-'Imran.
110. Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.


Bukan kebiasaan manusia untuk boleh berubah dan berbuat baik bersendirian. Mungkin boleh, jika anda kuat dan tabah. tapi percayalah setiap orang yang menegur itu ambil kisah tentang anda. dan terimalah dan berubahlah, untuk diri kita dan untuk Islam. cubalah ambil kisah tentang orang yang mengambil kisah tentang anda, sebelum mereka patah hati dan membiarkan anda terus dibuai mimpi indah duniawi. Sampai bila agama ini akan terus dikaburi kebenarannya oleh penganut2 yang mengaku Islam dan mahukan syurga Allah, tetapi tidak mahu berusaha kearahnya.

dan bukanlah tulisan ini kerana saya baik dan sempurna. jauh sekali. tetapi dengan harapan bila saya menulis perkara ini saya sendiri akan berusaha melakukannya. dan tegurlah saya jika saya salah. ingatkan saya bila saya terlupa. kejutkan saya bila saya tertidur. cucuklah bila saya terleka. dan insyaAllah saya juga akan cuba lakukan sedaya saya. saya juga manusia... seperti kamu, kamu dan kamu.

jangan biarkan umur kita terus berlalu. syurga bukan untuk yang bersenang-lenang di dunia.

1 comment:

fy said...

manusia susah berubah untuk kebaikan..tetapi bila kite nk melakukn perubahan pastikan perubahan itu bersifat kekal..

Related Posts with Thumbnails