ada dlm diri semua org
aku kau semua
Surah:17.Al-Isra'. Ayah:37
وَلاَ تَمْشِ فِي الأَرْضِ مَرَحاً إِنَّكَ لَن تَخْرِقَ الأَرْضَ وَلَن تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولاً
"Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang"
walau sepandai mana
walau setinggi mana
walau sebesar mana
walau segagah mana
walau seberada mana
walau sebahagia mana
walau segembira mana
walau selapang mana
walau seluas mana
Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur
di persimpangan
Berhati tika di jalanan
Bimbang datang ujian
Menduga keimanan
Sudah menjadi suratan
Setiap sesuatu bersifat sementara
Jerih perit di dunia
Terungkai dek pawana
Hembusan ketaqwaan
Pilu melihat mereka
Dihimpit kemiskinan
Yang serba kekurangan
Berkat walau sedikit
Terukir keredhaan
Di wajah ketenangan
Masih ada harapan
Ubah nasib kehidupan
Bekalan ilmu yang berguna
Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur
di persimpangan
Berhati bila di jalanan
Bimbang datang ujian
Menduga keimanan
Berusaha hindar keculasan
Waspada kefakiran
Jerumuskan kekufuran
Maruah dibela dijaga
Tidak meminta-minta
Hanya Tuhan segala
Mereka fakir di dunia
Namun berilmu dan beramal mulia..
ingatlah semua nikmat ALLAH juga merupakan ujian-NYA.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment