Thursday, October 6, 2011

Hidup masing2 kan?

Pelik kadang2 tanpa segan silu,
aku "announce" kat semua orang benda salah yang aku buat,
dan orang dan aku sendiri akan saling komen dan berborak pasal tu,
macam perkara biasa,
"or" orang lain akan buat tak tau,
walaupun terang2 aku buat salah,
mungkin kata mereka dan kata aku,
hidup masing2, pandai2lah...

Kadang2 pula bila aku buat benda baik dan betul,
dan aku sure benda tu baik dan betul,
tapi pula aku menyorok2 dari orang,
dan orang pon menyorok2 dari aku,
kemudian aku dan orang lain juga bercakap jika tahu,
dengan nada sinis,
mungkin bagi aku dan sesetengah orang,
siapa yang buat baik mesti hipokrit,
tapi hidup masing2 kan? pandai2lah...

oh, aku pun pernah dipanggil hipokrit,
dan aku juga pernah panggil orang lain hipokrit,
yang pada hakikatnya,
tiada manusia tahu isi hati yang lain,
dan hanya yang menilai itu, jika seorang manusia,
hanyalah nilaian manusia sahaja.

maka rugilah saya,
jika orang ajak buat baik,
saya tolak,
dan terang2an saya hebahkan,
yang saya bukan orang baik,
dan saya tak mahu diajak buat benda baik.


jangan nanti sampai satu masa,
Allah tak hantar dah orang2 begini untuk ajak aku buat baik,
sebab dah banyak kali Allah hantar,
dan buka peluang untuk aku berubah dan bertambah baik,
tapi aku buat deeek je,
aku buat tak tau,
aku buat suka aku, hidup masing2 kan?
Namun pesan nabi: “Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.”
Sahih Al-Bukhari: 12
apa pon,
semua orang ada naluri untuk buat baik,
dan jadi baik,
cuma mungkin dah terlalu biasa,
atau mungkin belum sampai seru,
bak kata orang selalu,
cuma takut2,
mati sampai dulu sebelum seru.

No comments:

Related Posts with Thumbnails