Biarku sendiri
Membaca entry2 blognya
Life is a journey where its end could just appear at any moment without any warning. Every second of our life and the air we breathe are bonus bestowed to us by Allah. It also reminds us to repent on our wrong-doings before we return to Him.Sambil membayangkan suaranya bercerita
Yang kian luput dari ingatan
Biarku sendiri
Biar kering mata ini
Tanda kasih dan cinta
Yang tidak pernah kuungkap dahulu
Biarku sendiri
Biar masa mengubati
Bukan untuk melupai
Sekadar menerima takdir Ilahi
Biarku sendiri
Mengingati segala kenangan bersamanya
Agar melekat di mindaku
Yang tidak pernah kuambil endah
Biarku sendiri
Bukanku tidak redha
Ini ketentuan-Nya
Siapa aku untuk membantah
Biarku sendiri
Mengenang kesilapan diri
Biar mengalir lagi
Sesalan tidak berpenghujung
Biarku sendiri
Hingga kubangkit kembali
Semoga diberi kekuatan
Menjadi lebih hebat
Aku juga manusia
Lemah, tiada kuasa
Salah silapku menggunung
Setiap helaku kurniaan-Nya
Aku perlu masa
Kerana masa yang berlalu
Kubazir begitu saja
Aku alpa, ego sombong melangit
Nah sekali ujian menimpa
Aku sangat teringin
Walau dapat barang sesaat lagi
Untukku menyatakan segala
Walau kuakur
Pemergianmu selamanya
Allahu akbar
Tunjukkan aku jalan
Berikanku ketenangan
Apa yang termampu
Kupanjat doa untukmu
Selagi kudratku mampu
AYAH...
Al-Fatihah buat ayahku, yang telah pulang ke rahmatullah pada 11 Januari 2009. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama hamba-hamba-Nya yang soleh. Ameen.
4 comments:
salam.
hey there.
takziah buatmu.
al-fatihah buat arwah.
i've been there.
and it's hard.but now i've recoverd.alhamdulillah.thanks to HIM..
you ARE strong kn?huhu.
do ur best in wut u r doing rite now.blaja baek2.
that'll be the best of all.
with iman n taqwa along the way.
utk gembirakan arwah disana.
again.takziah utkmu.
moga roh arwah dicucuri rahmat.
amin~
i just made a post for my late mom days ago.feel free to drop by =)
p/s:btw,ur late dad made a nice blog..
wassalam~
Salam,
1. Takziah aku ucapkan kepada ko sekeluarga.
2. Aku turut berasa sedih dengan apa yang menimpa ko. Tapi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
3. AKu harap ko dapat bersabar. Percayalah, kawan2 leeds akan sentiasa bantu ko.
4. Jika ada masalah, bilik aku sentiasa terbuka untuk ko.
5. Ingatlah, doa anak yang soleh akan sentiasa bersama dngn parents kita. InsyaAllah
Muhammad Hazman Mohd Sabri
University of Leeds
1st Year Medicine
Salam Munzir...
Take care and all the best.. make your Ayah proud..
salam munzir...
takziah and condolences...
be brave... stay strong...
and take care of urself kay...
Post a Comment