Tuesday, October 12, 2010

Jalan pergi dan pulang


Orang selalu kata, hidup ini suatu perjalanan... dan hidup ini suatu perjuangan.

Mungkin dari satu sudut perkataan itu sebagai pemberi semangat. Supaya tidak mudah berputus asa dan terus berusaha. Namun kita perlu sedar kepentingan hala tuju, atau goal dalam kehidupan.

Sedar atau tidak perangkap masa seringkali terkena kepada kita. Setiap kali terasa lapang dan senanga jarang sekali untuk kita ingat masa susah yang bakal tiba nanti, dek kerana kita lengah pada masa sekarang.

Kadang2 terasa senang bila ada teman di perjalanan, yang faham inspirasi dan intipati dasar perjalanan kita. Mungkin kadangkala kita mencari insan tersebut bertahun2 lamanya. Mungkin ada yang seumur hidup mencari tetapi masih tidak terjumpa. Mungkin ada yang di depan mata tetapi masih mencari...

Orang kata, dunia dikejar takkan dapat. Kepuasan dunia yang dikecap pada setiap tahap, tentu akan ada tahap seterusnya yang datang, yang diidamkan. Walau kadangkala kerap juga terjatuh dalam perangkap dunia, mengejar yang fana'. Jangan kita lupa akhirat yang kekal abadi, janji Allah yang pasti.

Jika dinisbahkan tempoh dunia dan tempoh akhirat kelak... selayaknya diletakkan 0:infiniti. Bukan bermakna dunia harus ditinggal sepenuhnya. Ada orang cakap saya suka ambil sesuatu secara extrim. Tapi bukan dalam hal ini. Kerana dalam hal kehidupan dunia itu bersulam juga dengan hal akhirat. Kedua2 perlu selari, seiring. Bukan bitinggal dibuang salah satu.

Cuma prioriti perlu dibetulkan. Kata orang, sambil berjalan... junjunglah akhirat di kepala, dan bimbitlah dunia di tangan. supaya apabila yang dikepala hampir2 jatuh, yang di tangan boleh diletak sekejap untuk perbetulkan yang di kepala. nanti diambil semula untuk sambung berjalan... jangan letak di tempat yang salah :). betulkan prioriti kita...

Namun lumrah manusia selalu terlupa. Tetapi perlu diingat jangan sampai lupa kita jadikan alasan untuk setiap kesalahan, untuk melarikan diri dari rasa tanggungjawab. Kerana Allah memberi kita ikhtiar... maka lakukan sesuatu untuk memperbaiki kekuranganmu. Juga aku akan lakukan yang demikian.

Kerana hanya dengan itu, mungkin ada sedikit harapan mendambar syurga Allah, yang kekal selama lama lama lama lamanya...

semoga saya dan kamu lebih menghargai masa yang terhad, yang bakal menentukan keputusan di masa yang tidak terhad~

No comments:

Related Posts with Thumbnails