Tuesday, August 19, 2008

Profile: Ayam Putih

Ini biodata seekor ayam, yang bermastautin di halaman rumahku tanpa diundang. Akhirnya kami menerimanya dengan penganugerahan nama timangan. Memang nama haiwan2 di rumahku biasanya berdasarkan kepada fizikal haiwan tersebut.

nama sebenar: tidak diketahui. Kerana ayam ini datang secara tiba-tiba.

nama gelaran: Ayam Putih

asal: unknown juga.

hobi: -berkokok pada waktu2 pelik untuk menyakitkan hati seisi rumah,
-bertenggek di atas pohon mangga di halaman rumah sambil bersosial dengan burung-burung diatas pokok mangga. Mungkin kerana menghidapi krisis identiti (menyangka dirinya seekor burung)

keistimewaan: -mampu memanjat pokok mangga yang tinggi,
-boleh memaksa penghuni rumah memberikan makanan kepadanya dengan cara berkokok di tingkap sehingga makanan diberikan.

1 comment:

Mama said...

hai abang Munzir ayam putih tu masih ada atas pokok
dari:mama firah dan ayam putih

Related Posts with Thumbnails