Sunday, March 1, 2009

Azam bulan baru XD

Surah Hud 11:115

وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ

Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.


Harapan Tidak Buta - AlarmMe

Cukuplah rasanya. Sudah cukup banyak masa yang aku ambil. Aku datang ke bumi asing ini dengan 1001 harapan, dengan 1001 cita, dengan 1001 impian. Namun, memang biasa bagiku untuk mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri. Aku lalui "testing period" sebagai pelajar di bumi Leeds ini. Cuba, walau melangkah dengan kecil, untuk mencari definisi kehidupanku di sini. Mencari erti dan tujuan, makna dan harapan.

Namun, tatkala aku mulai selesa, mula melihat cahaya2 kelam yang memandu arah tujuku, mula mendapat rentak menyesuaikan diri, ALLAH mendugaku. Ayah meninggal dunia.

Ali Imran, 3:185
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya."

Ayat nih selalu kudengar. Tetapi tatkala mendapat berita tersebut, barulah terasa di hati... Pang! Macam budak yang bari belajar berdiri, dengan kaki menggeletar2 ditendang jatuh. Aku rasa semuanya berhenti. Segala definisi dan prinsip2 hidup yang kukutip sepanjang kehidupanku bertaburan, berkecai. Aku hilang arah. Lama memang lama, aku terbaring. Tidak mahu bangun, tidak mampu bangun... aku sendiri kurang pasti. Semuanya kacau-bilau...

Pasti, perkara sebesar ini meninggalkan kesan dalam diriku. Aku mula berubah. Sengaja atau tidak, sekali lagi aku tidak pasti. Tertekankah? Atau cuma mencari perhatian? Cepat melenting, hilang semangat. Laptop menjadi teman rapat... Aku mula melihat kesan2 taufan perasaan aku... Teruk. Tapi aku biarkan... biarkan... biarkan...

Aku mencari masa, mengubat luka yang tak nampak fizikalnya. Mengumpul cebis2 yang pecah... memasang kembali satu-persatu. Memang lambat. Aku bukan semudah itu dapat bangkit. Aku tahu kudratku terhad.

Hari ini... Aku berhadapan dengan diriku. Menjerit dengan kuat, "CUKUP!!! SAMPAI BILA??? CUKUPLAH!!!". Kini aku berdiri lagi. Kuharap, dengan bantuan ALLAH SWT, dengan lebih kukuh. InsyaALLAH.

Alhamdulillah, syukurku pada Allah. Yang masih menghendaki kebaikan untukku dan tidak pernah melupaiku walau aku selalu terlupa...
Terima kasih: Keluarga dan rakan2 yang sentiasa bersama.

2 comments:

ahli ISRA' said...

salam ziarah,
insyaAllah Allah lebih mengetahui segalanya.
Allah beri ujian kerana hambanya itu mampu menerima,
mahu kembali kepadaNya.
mahu berjalan di jalan yang terang.
mahu meraih kasihNya yang selaut luas.
iA roh Allahyarham ditempatkan dlm golongan orang2 yang soleh.
salam takziah dari kami kepada seluruh ahli keluarga.
bersabarlah munzir, Allah bersamamu!

ikhwah dublin

M said...

thx. InsyaAllah saya akan cube yg terbaek!

Related Posts with Thumbnails