Bila aku buat benda yang sama selalu, ia jadi kebiasaan. Kebiasaan ini bagus, amat baik untuk menambah kualiti dan keberkesanan suatu pekerjaan. Kerja jadi cepat bila sudah biasa, dan yang susah pun jadi mudah bila sudah biasa.
Tapi kebiasaan ini mengubah. Dulu aku malu-malu hendak berbicara dengan pesakit. Dengan lidah Melayu ini mahu mengungkap kata pun sering kali salah. Bunyi pelik, kadang-kadang mat-mat dan minah-minah saleh ini tak faham. walaupun aku faham jek. Tapi dengan selalu buat ia jadi kebiasaan, aku lebih yakin, lebih tenang. Tapi ini perubahan yang bagus dengan adanya kebiasaan.
Lalu aku berfikir-fikir. Apa lagi ya? Kebiasaan yang membinasakan? Lihat sahaja sekelilingmu!
Surat khabar yang asyik dijadikan lapik untuk makan lama-kelamaan akan merasa dirinya sebagai lapik dan bukan surat khabar. Bila sesuatu jadi biasa rasa bersalah hilang. Dalam membuat sesuatu yang salah, dan dalam membuat perkara betul dngan cara yang salah. So, kalau terbuat salah sekali, cepat-cepat la berhenti. Memang bukan mudah, tapi cubalah.
Dan kebiasaan juga dalam dunia pelik ini, perkara yang umum tahu benar, bila diluah mampu mengundang maki. Biarlah, semoga dengan usaha ini, akan ada orang yang juga berusaha membantu aku, bila aku tenggelam dalam perangkap kebiasaan. Semoga hadirnya hati dan akal dalam setiap perbuatan kita, menjadikan rutin dan kebiasaan itu lebih berkualiti dan dihayati.